top of page

MERENTAS DESA

Writer: AdminDojAdminDoj

SMKDOJ 22 Januari 2020 - Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas desa ini merupakan acara tahunan di sekolah menengah  malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan.

Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. antaranya  adalah untuk :

1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa  sebagai acara  

    tahunan.

2. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi  membentuk     

    individu yang cergas.

3. Memupuk semangat  kerjasama dikalangan warga Sekolah Menengah Datin Onn Jaafar dalam  mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk  menjayakannya.

5. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan  serta semangat berjuang

    dalam  kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-

    rumah sukan .

6. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah

Comments


bottom of page