top of page

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PKPP




SMKDOJ 17 JULAI 2020 - Sekolah perlu mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula sekolah dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid. Antaranya membuat laluan keluar masuk sekolah yang baru, pergerakan dari kelas ke pintu pagar sekolah, ke kantin dan blok -blok kelas yang menempatkan bilik -bilik khas seperti makmal, bilik komputer, bilik seni, bilik kaunseling dan sebagainya. Elakkan konsep 3S dan amalkan 3W sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19..Konsep 3S sentiasa diingatkan kepada murid-murid iaitu elakkan sesak, sempit dan sembang dekat. Poster – poster juga dipamerkan di setiapkoridor blok sekolah dan kantin sekolah untuk memastikan murid sentiasa menjaga penjarakan sosial dalam sekolah. Selain itu, peringatan demi peringatan seperti mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer sentiasa diingatkan agar murid menjaga konsep 3W yang disarankan iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn). Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang menjaga psikososial murid juga perlu menyediakan poster dan peringatan berkaitan dengan kesihatan mental murid dan galakan kepada murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan emosi yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan. Objektif projek ini diharapkan tercapai iaitu menggalakkan murid mengelakkan 3S dan mengamalkan 3W sepanjang berada dalam di sekolah dan di tempat awam.



3 views0 comments

Comments


bottom of page