top of page

PROGRAM KNOWLEDGE DRIVE THRU TAHUN 2020

Writer: AdminDojAdminDoj

SMKDOJ 12 JULAI 2020 - Program Knowledge Drive Thru ini dicadangkan bagi memberi peluang kepada murid untuk turut serta dalam Pdpc semasa fasa PKPP ini walaupun berada di rumah. Program ini juga memberi kemudahan kepada murid yang mempunyai masalah dengan Pdpc secara maya seperti masalah internet. Dalam program ini diharapkan ibu bapa dapat berganding bahu bersama pihak sekolah membantu meningkatkan pencapaian murid selaras dengan potensi yang ada. Selain itu program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pihak ibu bapa dengan sekolah seterusnya dapat membantu dalam membangunkan program untuk murid samada secara fizikal atau mental. Program ini bermatlamat untuk memastikan semua murid mendapat bahan pembelajaran dan Pemudahcaraan(PdPC) supaya pembelajaran dapat diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP) disamping membantu murid meningkatkan pencapaian akademik dengan sokongan pihak sekolah dan ibu bapa.

Comments


bottom of page